Kegunaan Daun Pandan Dalam Masakan / Uses of Pandan Leaf in Cuisine
Sumber Gambar: Wikipedia.Org Kebiasaanya makanan di Malaysia, tidak kira dari bangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain, banyak menggunakan daun pandan sebagai pewarna asli, pewangi beraroma semulajadi atau pun alat bagi dalam masakan. Daun pandan adalah pelbagai guna. Ada juga daun pandan ini digunakan untuk membuat tikar pandan. Sumber Gambar: Keluarga.My Daun pandan biasanya diperah/digiling/ditumbuk/dikisar halus bagi mendapatkan air/patinya. Warna hijau itu datang dari klorofil daun sebagai pewarna asli. Pokok pandan adalah sejenis pokok tropika dan hidup subur di negara Laut Cina Selatan. Berwarna hijau dan mudah tumbuh di atas tanah ataupun didalam pasu. Nama saintifiknya adalah "Pandanus amaryllifolius" dari keluarga "Pandanus". Di bawah adalah rupa bentuk pokok pandan. Awas! Hanya bahagian daun sahaja yang digunakan! :) Sumber Gambar: Marsih.Com Kita mungkin biasa terlihat daun pandan biasa digunakan didalam masakan seperti berikut...

Ulasan
Catat Ulasan