Sumber Gambar: Wikipedia.Org Kebiasaanya makanan di Malaysia, tidak kira dari bangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain, banyak menggunakan daun pandan sebagai pewarna asli, pewangi beraroma semulajadi atau pun alat bagi dalam masakan. Daun pandan adalah pelbagai guna. Ada juga daun pandan ini digunakan untuk membuat tikar pandan. Sumber Gambar: Keluarga.My Daun pandan biasanya diperah/digiling/ditumbuk/dikisar halus bagi mendapatkan air/patinya. Warna hijau itu datang dari klorofil daun sebagai pewarna asli. Pokok pandan adalah sejenis pokok tropika dan hidup subur di negara Laut Cina Selatan. Berwarna hijau dan mudah tumbuh di atas tanah ataupun didalam pasu. Nama saintifiknya adalah "Pandanus amaryllifolius" dari keluarga "Pandanus". Di bawah adalah rupa bentuk pokok pandan. Awas! Hanya bahagian daun sahaja yang digunakan! :) Sumber Gambar: Marsih.Com Kita mungkin biasa terlihat daun pandan biasa digunakan didalam masakan seperti berikut...
Di Malaysia, ada pelbagai jenis nasi lemak. Secara umumnya, nasi lemak adalah beras biasa yang dimasak dengan santan kelapa. Ia mesti dihidangkan bersama-sama sambal cili dan juga turut dihidangkan dengan pelbagai lauk sampingan. Secara ringkasnya, ia terbahagi kepada 2 versi sahaja, iaitu: Versi ringkas Versi pinggan Sumber Gambar: Alpha Versi Ringkas Biasanya, nasi lemak ringkas ini dibungkus dan lebih sesuai untuk dibawa pulang makan dirumah. Ia tidak menjadi yang pelik jika dimakan di meja kedai. Kebiasaanya dibungkus dengan kertas suratkhabar dan plastik/daun pisang. Kandungan paling ringkas adalah seperti dibawah: nasi lemak (biasanya 1 skop/cawan) sambal (1 atau 2 sudu) ikan bilis (1 sudu) - boleh jadi pilihan telur rebus (1/4 biji) - boleh jadi pilihan Sumber Gambar: Malaysia Tatler Versi Pinggan Jika makan nasi lemak pinggan, anda boleh mengambil pelbagai jenis lauk pilihan yang disediakan. Ia lebih banyak pilihan. Kebiasanya orang ...
Sumber Gambar: Keluarga.My Kebiasaanya daun pisang banyak digunakan sebagai pewangi beraroma semulajadi atau alat pembungkus bagi dalam masakan. Pokok pisang ini sendiri juga adalah banyak gunanya. Dari daun hinggalah ke batangnya digunakan dalam masakan tradisional. Batang pisang digunakan oleh tok mudim ketika berkhatan suatu ketika dahulu :). Kaum India di Malaysia menggunakan pokok pisang dalam upacara keagamaan. Sumber Gambar: Haziq Escobar Daun pisang biasanya digunakan bagi membungkus makanan biasanya untuk dibakar atau dikukus. Pokok pisang adalah sejenis pokok tropika dan hidup subur di negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. Daunya berwarna hijau dan mudah tumbuh di atas tanah. Nama saintifiknya adalah "Musa spp" dari keluarga "Musaceae". Di bawah adalah rupa bentuk pokok pisang. Hati-hati! Daun pisang perlu dibersihkan terlebih dulu. Kadang-kadang ada ulat bulu/beluncas :) Sumber Gambar: BIDAYUH AWESOME Sumber Gambar: Murai Batu...
Ulasan
Catat Ulasan