Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Kegunaan Daun Pisang Dalam Masakan / Uses of Banana Leaves In Cuisine

Imej
Sumber Gambar: Keluarga.My Kebiasaanya daun pisang banyak digunakan sebagai pewangi beraroma semulajadi atau alat pembungkus bagi dalam masakan. Pokok pisang ini sendiri juga adalah banyak gunanya. Dari daun hinggalah ke batangnya digunakan dalam masakan tradisional. Batang pisang digunakan oleh tok mudim ketika berkhatan suatu ketika dahulu :). Kaum India di Malaysia menggunakan pokok pisang dalam upacara keagamaan. Sumber Gambar: Haziq Escobar Daun pisang biasanya digunakan bagi membungkus makanan biasanya untuk dibakar atau dikukus. Pokok pisang adalah sejenis pokok tropika dan hidup subur di negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. Daunya berwarna hijau dan mudah tumbuh di atas tanah. Nama saintifiknya adalah "Musa spp" dari keluarga "Musaceae". Di bawah adalah rupa bentuk pokok pisang. Hati-hati! Daun pisang perlu dibersihkan terlebih dulu. Kadang-kadang ada ulat bulu/beluncas :) Sumber Gambar:  BIDAYUH AWESOME Sumber Gambar:  Murai Batu

Kegunaan Daun Pandan Dalam Masakan / Uses of Pandan Leaf in Cuisine

Imej
Sumber Gambar: Wikipedia.Org Kebiasaanya makanan di Malaysia, tidak kira dari bangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain, banyak menggunakan daun pandan sebagai pewarna asli, pewangi beraroma semulajadi atau pun alat bagi dalam masakan. Daun pandan adalah pelbagai guna. Ada juga daun pandan ini digunakan untuk membuat tikar pandan. Sumber Gambar: Keluarga.My Daun pandan biasanya diperah/digiling/ditumbuk/dikisar halus bagi mendapatkan air/patinya. Warna hijau itu datang dari klorofil daun sebagai pewarna asli. Pokok pandan adalah sejenis pokok tropika dan hidup subur di negara Laut Cina Selatan. Berwarna hijau dan mudah tumbuh di atas tanah ataupun didalam pasu. Nama saintifiknya adalah "Pandanus amaryllifolius" dari keluarga "Pandanus". Di bawah adalah rupa bentuk pokok pandan. Awas! Hanya bahagian daun sahaja yang digunakan! :) Sumber Gambar: Marsih.Com Kita mungkin biasa terlihat daun pandan biasa digunakan didalam masakan seperti berikut

Tutorial Makan Dengan Tangan Kanan / Tutorial Eating With Right Hand

Imej
Berikut diberikan beberapa tutorial yang menunjukkan cara-cara mudah makan dengan tangan kanan. Selamat menjamu selera! :) Sumber Video: Youtube Sumber Video:  Youtube Sumber Video:  Youtube ---------- Here are some tutorials that illustrate the easy ways to eat with your right hand. Enjoy your meal! :)

Makan Dengan Tangan Kanan / Eat With Right Hand

Imej
Sumber Gambar: detikFood Kebiasaanya orang Islam (Melayu@Cina@India@Lain-lain) di Malaysia akan makan menggunakan tangan kanan (H.R. Muslim:3766 ). Makanan yang dimakan mestilah yang halal dan baik (Quran 2:168 , 2: 172 - 173 , 5:88 ). Berikut adalah tatacara ringkas mengenai tertib makan: Basuh tangan sehingga bersih dengan air biasa (gunakan sabun jika perlu). Jika kedua-dua tangan perlu digunakan seperti contoh untuk mengopek kulit udang, maka basuhlah kedua-dua tangan. Keringkan tangan jika perlu. Ambil mana-mana makanan yang dekat dahulu.(H.R Bukhari:5376 , Muslim:2022 , Ibnu Majah:3267 ) Diucapkan "Bismillah", bagi yang Muslim (H.R.  Abu Dawud:3767 , At-Tirmizi:1858 ) Makan dengan baik. Diucapkan "Alhamdulillah", bagi yang Muslim (H.R.  Muslim:2734 ) Basuh tangan sebersih-bersihnya setelah selesai dengan air biasa. Sumber Gambar:  Muslim Familia Tiada salahnya makan dengan menggunakan sudu atau garfu bagi sebarang makanan Malaysia. Pen

Kandungan Nasi Lemak / Content of Nasi Lemak

Imej
Sumber Gambar: BukuResepi.Com Di sini, saya bukanlah hendak meyediakan resipi untuk membuat nasi lemak. Sekadar berkongsi berkenaan dengan kandungan yang disediakan semasa penyediaan untuk memasak nasi lemak. Berikut adalah beberapa bahan-bahan yang biasanya digunakan: Untuk Nasi: beras santan  air daun pandan halia garam Untuk Sambal: cili kering bawang merah bawang putih bawang besar ikan bilis air asam jawa belacan garam  gula Untuk Lain-Lain: ikan bilis goreng telur rebus timun ---------- Here I am not preparing a recipe for making nasi lemak. Just sharing with the content provided during the preparation for cooking nasi lemak. Here are some of the commonly used materials: For Rice: rice santan water Pandan leaf ginger salt For Sambal: dried chilli red onion/small onion garlic big onion/holand onion anchovies tamarind water fermented shrimp paste salt sugar For Others: fried anchovies boiled eggs cu

Jenis Nasi Lemak / Type of Nasi Lemak

Imej
Di Malaysia, ada pelbagai jenis nasi lemak. Secara umumnya, nasi lemak adalah beras biasa yang dimasak dengan santan kelapa. Ia mesti dihidangkan bersama-sama sambal cili dan juga turut dihidangkan dengan pelbagai lauk sampingan. Secara ringkasnya, ia terbahagi kepada 2 versi sahaja, iaitu: Versi ringkas Versi pinggan Sumber Gambar:  Alpha Versi Ringkas Biasanya, nasi lemak ringkas ini dibungkus dan lebih sesuai untuk dibawa pulang makan dirumah. Ia tidak menjadi yang pelik jika dimakan di meja kedai. Kebiasaanya dibungkus dengan kertas suratkhabar dan plastik/daun pisang. Kandungan paling ringkas adalah seperti dibawah: nasi lemak (biasanya 1 skop/cawan) sambal (1 atau 2 sudu) ikan bilis (1 sudu) - boleh jadi pilihan telur rebus (1/4 biji) - boleh jadi pilihan Sumber Gambar:  Malaysia Tatler Versi Pinggan Jika makan nasi lemak pinggan, anda boleh mengambil pelbagai jenis lauk pilihan yang disediakan. Ia lebih banyak pilihan. Kebiasanya orang Malaysia

Tips Makan Nasi Lemak / Tips for Eating Nasi Lemak

Imej
Sumber Gambar: Kuali.Com Sebelum anda makan apa sahaja jenis nasi lemak, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diambil kira. iaitu: Jika makan dalam pinggan, anda boleh minta nasi lemak tersebut penuh atau separuh. Ikut selera anda. Jangan berlebihan. Anda boleh minta tambahan nasi jika tidak mencukupi. :) Sambal cili yang disediakan tidak dilabelkan tahap kepedasannya. Maka, anda bolehlah mengasingkan sambal di pinggir pinggan. Ketika makan pula, anda perlu rasa dahulu bagi mendapat tahap kepedasan agar sebelum dicampurkan dengan nasi lemak mengikut tahap daya tahan kepedasan masing-masing. Adakalanya sambal cili tersebut adalah tersangat pedas. Timun dan kacang goreng adalah pelengkap kepada nasi lemak. Ia mempunyai kelebihan masing-masing. Biasanya, timun dimakan jika berlaku ketidakselesaan apabila pedas melampau bagi mengurangkan pedas. Bagi orang yang biasa, seluruhnya iaitu nasi, ikan bilis, sambal cili dan telur rebus akan digaulkan bagi mendapatkan rasa yang sed